BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 30, 2009

LaGi-LaGi.. FaShA SaNdA!!

Ekslusif) Luahan hati seorang ratu kontroversi, Fasha Sandha
Tuesday, August 25, 2009

Fasha Sandha secara ekslusif telah menulis luahan hatinya di laman blog social networking myspace milik’nya dengan tajuk LUAHAN HATIKU. Apabila membaca luahan hati tersebut, dapat kami simpulkan bahawa ianya adalah bagi menjelaskan hubungan’nya dengan bekas suami Nora Danish, siapa lagi kalau bukan Mr. Jejai disamping menyatakan status perhubungannya dengan jaguh ekuestrian negara, Qabil Ambak sekaligus bagi menjernihkan keadaan.

Dan apa yang lebih menarik dalam luahan hati Fasha itu, dia juga ada membongkar satu rahsia yang mungkin ramai tidak tahu malah tidak pernah menyangka yang ianya akan berlaku. Nak tahu apa dia, ayuh ikuti LUAHAN HATI Fasha yang kami salin dari myspace’nya di bawah ini:

Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya,masih ambil tahu tentang perkembangan saya,masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya,tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya……

Saya sudah selesai shooting filem ‘4madu’ arahan prof razak, drama ‘lakar’ arahan aziz m osman dan drama ‘madu di tasik hempedu’ arahan murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ akan ditayangkan di rtm tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!….

Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib jewel. 25hb august saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk tv3 yang bertajuk ‘akulah perempuan itu’ arahan fairuz loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘langkawi kamikaze’. Alhamdulillah,masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni…..

Saya dapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan rizal ashram(jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni,biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya,ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!!….

JEJAI….

Saya amat terkejut dengan penyebaran gambar2 saya bersama jejai di internet kebelakangan ini…saya tidak tahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya,Memang saya pernah berkawan rapat dengan rizal ashram(jejai). Saya mengenali jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan jejai ketika dia masih suami nora Danish…..

Saya dan jejai menjadi rapat sejak januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa utk saya pada ketika itu. ….

Memang betul, jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 january awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan nora. Tetapi itu semua kisah lama,kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan jejai diatas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya. Saya sanggup mati demi mama…..

Saya faham,sebagai seorang ibu, mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kali orang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh saya punca penceraian Nora dan jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yang sebenar.. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa2 hubungan dengan jejai lagi kerana terlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 march, jejai menghubungi saya dan merayu2 supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di Pasir Gudang,Johor.. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernah juga jejai menunggu dihadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya.Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya. ….

Walaupun sudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan jejai masih berkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu,dia seorang lelaki yang baik ,selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan. Walaupun ramai org berprasangka yang tidak elok ttg dirinya .,saya tetap berkawan dengan jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba utk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh,ditangan tuhan. ….

Tidak dinafikan,saya menjadi mangsa tuduhan,.sering dihina dan sering difitnah. Macam2 fitnah orang lemparkan pada saya tapi saya bersyukur pada yang maha Esa kerana keluarga, teman2 rapat saya masih mempercayai saya kerana mereka tahu perkara sebenar yang berlaku antara saya dan jejai. Mereka adalah saksi saya…..

Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai,kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini ,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End…..

QABIL AMBAK….

Saya mengenali Qabil Ambak pada August 2008 di Polo Gala dinner. Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut.Ketika pertama kali pertemuan kami,jejai turut berada di sana. Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu maria farida. Selepas majlis tersebut,kami menjadi kawan dan berhubung melalui sms. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di open house pada hari raya ke3 tahun lepas. Kami menjadi kawan baik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC dan Damansara specialist pada 12 feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam2 topik tentang kehidupan. Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya. Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan…..

KAHWIN….

Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.. ….

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya…..

Lamaran ke2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal)…..

Lamaran ke3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan jejai…..

Lamaran yang ke 4- pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya Cuma minta agar jangan diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,..saya khuatir jika saya beritahu sekarang,perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun,Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan….

CINTA….

Cinta saya adalah pada kerjaya saya, ….

keluarga saya iaitu mama,daddy,farra sandha,fasyina sandha,Daniel,elisya sandha,mahsuri,dani raiyan,amirul….

Pengurus saya,Nik yasmin dan p.a saya iaitu Jane Thomas…..

Sahabat karib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu nana, kakak angkat saya,Maria Farida.adik angkat saya iaitu Natasha dan jimbit, juga Kawan baik saya saerah dan Hafiz…..

Tak lupa,….

Cinta saya pada Teman2 saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya.Semoga ketemu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya. ….

Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu2 menghentam saya. Menabur fitnah. Memburukkan saya. Selagi anda masih menulis tentang saya (samada baik atau buruk),ianya membuktikan anda masih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulis adakalanya membuat saya menangis,saya tetap hargai…..

Thanks again,….

Nur Fasha Sandha….

NOTE: Hai Fasha.. Kesian kamu asyik kena gossip aje ye.. tp kalau xde angin masakan pokok bergoyang kan..(emm.. no commentlah!) anyway i just want to sharing this interesting story to all my fwen.. saya tau ramai diluar sana yg mengikuti cerita 'diaorg berdua' ni kan.. uhuu!! now si fasha dah meluahkan apa yg terbuku di hati beliau.. TERPULANGLAH kepada pembaca utk menilainya.. sama ada luahan 'dia' ni benar atau sebaliknya .. hanya Allah yg Maha mengetahuiNya. Amacam geng!! tanak komen kew..!!???

Friday, August 28, 2009

Sampel Pakaging...

Contoh Packaging 1 : Botol
Biskut : Natalie Cheese, Choc Chip, Red Pearl

Contoh Packaging 2 : Bekas Bujur
Biskut : Jejari Oat, Romalex, Ezazi, Coconut Nestum

Contoh Packaging 3 : Bekas Bulat
Biskut : Zomania, Almond London, Snow Almond

Tuesday, August 25, 2009

~~Dadih oohh... Dadih...~~

Dadih ni aku wat sebelum pose aritu.. anak2 memang suka sangat makan dadih ni.. kalau balik sekolah je terus diaorg ni g terkam buka peti ais.. Masa ni aku wat dadih perisa Strawberry, Chocolate, Cappuchino & Mix Fruit.. (dlm gamb: dadih kat tepi pintu peti ais)

Haha! peti ais aku yg sarat dengan muatannya.. sampai xde space langsung nk letak benda lain.. puas la aku adjust mende2 dlm tu supaya dadih boleh disejukkan jugak.. (sejuk2 baru sedap makan...) makin besar peti ais ku makin banyak la pulak harta benda kt dalam tuh... Kenapa aku tetiba wat entry pasal dadih ni pulak ekk.. ???!! nak wat jualan ke cik yah oii.. hihi.. sebenarnya aku teringin nk buka pose dgn dadih ni arini la.. xpa lah.. malam nanti aku akan pastikan projek ku berjalan dengan lancar.. hemm.. nak wat dadih jagung & mangga la pulak.. uhuuu!!

Friday, August 21, 2009

Percutian 3 hari, 2 malam di Kampung Batas Lintang, Kangar, Perlis

Last 2 week aku balik kg hubby (hb) kt Perlis. Kita org naik bas je.. Salah satu sebabnya nk jimat kos la weii... Haku naik Etika Express, 3 seat.. luas n selesa jugak..










Persoalannya.. (jimat ke..? boleh la thnn.. jmart la juge..) dan my hb x yh penat2 drive.. mamanya pulak boleh tidos dlm bas uhuhuu.. (kalau x, mana leh tido, kena teman kan boss lah..) Kalau blk dgn keta kurg2 kena stenby dlm RM400 (g balik la ni.. tol 100++, myk 250++) kalau naik bas pulak RM43 (KL-KGR) x 3 (3 branak la ni bb x masuk le..) x 2 (return) = RM258.. ok la.. skali skala..

Kalau nk ikutkn pesanan ibu mertuaku(MIL) itu, ".. sebulan skali hangpa kena balik..! no matter what...!!" Wah.. pandai MIL aku cakap omputih no.. ngee..!! (edisi tambahan..haha!).. mak jgn marah mak! nanti hidup anak mk ni x berkat.. rezeki pun susah nk masuk taw..! Tp sungguh taw taw...! my MIL siap dh pesan kalau boleh la kan 1 bln skali kena balik le jenguk depa taw2.. tp kan apakan daya kami.. kami cuba la jugak... xde la sebulan skali.. 2-3 bln skali bole la.. kalau nk blk sebulan sekali tu kan mak.. kurus la kami kt cini.. uwaaaaaaa!! Akhirnya my MIL pahamm.. dengan ke'bz' an & kekurengn ongkoz kami ni.. kalau depa rindu kt kami (oit! prasan je la dia rindu kt cucu2 die le..), depa la pulak mai KL ni.. ha baguih x MIL & FIL haku ni.. ??

Sebenarnya kan haku risau gak aritu kot2 bb (baru 5 bln...) meragam/menangis ke apa atas bas tu kan.. ! Tp alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan kita... Mulanya haku bising gak dgn my hb nk balik dgn keta gak tp setelah dipujuk2.. dirayu2.. (hihihi...) haku pun mengalah le.. pasrah.. terima seadanya... iya le duit byk nk pakai ni.. nk soping baju mama, kakak, abang, adik n babah jugak kan.. bkn itu aja kasut lg, kue raya, tudung, kerongsang baru, langsir baru, sofa baru, bekas kue raya baru, meja makan pun nk baru.. belum lg lampu syiling yg lama nk tukar baru.. ops! melampau betul mama ni kan!! semua nk baru.. bisa bangkrup neh...!! kalau ikut kan anak tekak hati perut sume nk baru kan..

Tp xde la.. mengarut je sume tu.. kami sefemili bersederhana je tahun ni.. simpan duit.. skrg kn time gawat...kena la ada plan B.. Masa balk kg aritu sempat la haku snap bbrp scene kt kg tu.. sebabnya ada pulak kawan haku sorg ni, katenya hb dia ni suka sgt nk tengok pemandangan kt sawah padi ni.. jd entry ni khas utk "RANRAS"la kiranya ya... leh layan.. nanti citer kt hb U okiess!!
(tu la org ajak join blk kg xmau...)
JOM LAYANNNZZZZZZZ....













yg bumbung merah tu rumah my MIL.. yg depannya tu pulak rumah tok wan.. rumah kt sana dekat2. dekat ctu jugak lah rumah mak anjang, mak teh & pak su
(kira 5 biji rumah la sekampung tu..) yg besh nya rumah2 itew dikelilingi dengan sawah padi.. masa haku blk tu musim org baru lepas amik padi.. jd sawah (depa panggil padang) pun ada byk air.. nmpak macam laut la pulak.. cuma airnya kotor la.. (ye la air lumpur daa...) haa.. masa ni la depa suka mengail ikan, byk taw ikan.. kira spesis ikan darat la (puyu, sepat, keli, haruan...).














Ni gambar kat tepi rumah.. Di pagar dgn bunga2an & pokok buluh yg come2..
(rebungnya buleh makan, sedap taw..) slalunya my MIL wat gulai daging dgn rebung.. perghh! ) dia ala2 gulai kawah giteww...















Kualiti gamb kureng memuaskan.. amik guna hp mcm tu lah hasilnya...


Ptg tu kami mencecah ikan bakar.. layan.. layan..










Emm.. sesat ye kak long...? ... blakang aku tu sawah lah tu..

Wokehh2!! Wa chow lu.. Kepada peminat2 fanatik wa
(weeii sudah2 la perasan tu wei..) nantikan kemunculan entry wa lagik ok.. emm.. nk story apa pulak lepas ni nanti.. TUNGGUUU..!! (hayyaa.. aku ni mmg suka perasan lah...)

100% PURE CHOCOLATE!! GERENTI SODAP.. YAA EMMM.....!!

Kawan2!!!
Mari Dapatkan Biskut Coklat Yang Lazat ini! Emmm... Dijamin Sedap & Anda Pasti Puas Hati!! CEPAT!! CEPAT!! Sementara Stok Masih Ada.. Lambat Melepasss..!! Disebabkan Permintaan yg meletop2, Tempahan Hanya Akan Diterima Sehingga 1st week Ramadhan SAHAJA!! (apa2 perubahan akan di beritahu kemudian..)T/Kasih.
Sila kunjungi lagi blog ini untuk kue2 terkini!!

Wednesday, August 19, 2009

Tolong kami.. bantu kami.. (Dimanakah anda wahai kawan2 ku sekalian...!!???)

Tolong la saya! kenapa saya x boleh nak upload gambar ni..? setiap kali bila klik ikon

'add image' tu dia akan kuar saving.. saving.. xtau lah apa yang di'saving' kn nya..

padahal aku belum pun post apa2 tp dia dah suh saving... Tak syiok la nk posting

camnie, gambar pun xleh nak masuk...!!

TOLONG LA!! TOLONG LA!!

TOLONGGGG LAAAAAAA!!!!

(Di manakah kawan2 ku di saat nie..??!! Adoiiyaii..!!)

Friday, August 14, 2009

Suatu Ketika di I-Care, International Islamic College

Tetiba pulak mama rasa nk upload gamb2 anak masa masuk pertandingan fesyen kt kolej dulu.. hihi.. masa ni (2007) kakak Dyna baru 4++ and Haikal pulak 2++.. kecik2 lg mama dh kasi hint2 nk jg model ekk.. hahaha.. sebenarnya saja suka2 je ni.. kebetulan taska I-Care (tpt dak2 ni lepak waktu mamanya kerja le).. wat competition ni.. kami pun join je le.. Saingan pun boleh tahan gak ar.. cume cun2 & comel2 belaka.. Ramai gak la anak2 lecturer yg masuk bertanding.. selain dr anak2 admin staff jugak.. tp x sia2 lah kakak n haikal masuk bertanding.. dr 10 org peserta (kalau x silap) l a.. kakak dapat no 2 & haikal dpt no 4.. ok lah tuh.. penat taw mama 'touch up' depa dua ni.. competition ni tema dia bebas.. ibu bapa di kehendaki bagi satu tema utk anak.. kakak mama wat temanya "Gadis Melayu"... Haikal pulak dengan tema "Pahlawan Melayu".. ngeh3x.. jom kita layan gamb model2 cilik yg pastinya masing2 ciut miut belaka..








Barisan peserta












Nuryn & Naufal...













My daughter dgn selendangnya... boleh tahan..













Haikal yg pemalu sampai terpaksa kena tarik tangan dia dgn teacher.. nk naik ke pentas tu..












Photography session..











Majlis penyampaian hadiah & pic kakak yg sedang bergumbira dgn hadiahnya...












Barisan para juri yg adil lagi bijaksana.. ahakss...

Sekian untuk kali ini.. JUMPA LAGI.. daadaaaaa...

5% DISKAUN + FREE DELIVERY! HURRY UP!!

Salam kawan-kawanku sume...

Di sini ada beberapa pengumumam lagi ya..


  • 5% diskaun akan diberi kepada kengkawan yang menjadi follower diantara 14 Ogos 2009 hingga 21 Ogos 2009 (kawan2 yg dh follow pun boleh dapat gak!)

  • Untuk setiap pembelian yang melebihi 10 balang, pelanggan akan mendapat FREE DELIVERY ... (so..., kalau jadi follower n beli 10 balang terus ANDA UNTUNG..!) = (5% + Free Delivery). Rasanya xde lagi kot kedai kue raya wat promosi mcm nie.. Wallaweiii!!!

  • .... Dannn lagi.. SAMPEL pun Free Delivery gak..! uhuhuuu!!

  • Note: Promosi ini hanya sah sehingga 21 August 2009 SAHAJA!!

Jadi tunggu apa lagi, cepat2 lah PM/E-mail sy untuk buat tempahan ok..!


SiApA CePaT DiA UnTuNg..!!WALLAWEII!!!


(pinjam djepoi nya tagline..jangan marah ya en abang.. ! wallaweii..)

Thursday, August 13, 2009

Newborn Gift from Uncle and Aunty.. Yippieeeeee... Tima Kasih Sumeeeeee...












































Emm.. kenapa aku taruk sume pic baby gift ni ye.. yang pastinya aku pun x pasti kenapa aku upload sume pic ni.. muahahaha.. tp apa yg aku pasti aku nk berkongsi semuanya dgn teman2 maya ku sekalian.. hihi.. ok daaaak.. Neway, thanks to kakak2, abg2 & adik2 ku sekalian aka aunty & uncle to bb Putri Qyaireen Soffiya.. mana yg gambar gift dia xde dlm blog ni jgn ler berkecil hati ye.. ada gak yg x sempat nak snapnya.. maklum lah ada pulak yg x sabar2 nk buka hadiah adik..

Apple Hijau Penawar Influenza A H1N1

Apple Hijau sebagai penawar, Insya’Allah.

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS…MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB…..

My staff was crying herself sick on Tuesday morning…was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis…worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar….

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) …..after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish…he was put in quarantined room…

Called his mom to say…minta maaf and ampun la dosa dia, etc…she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father…

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt…they refused of course…so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to “help cure” another H1N1 child in Shah Alam….and was told this simple prescription by him…..of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya…selawat 3x…

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE

For those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone….I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip….

ALHAMDULILLAH…my staff’s son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday….she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally…all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)…

Insya’Allah.

PETUA MENCUCI BLENDER

Ya.. menarik ni.. kepada ibu2 diluar sana yg mengalami kesukaran untuk mencuci blender tu bolehlah mencuba petua dr kawan kita ni.. x rugi pun kalau cuba... tol x..??!! eheee...
  1. Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
  2. Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
  3. ON kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika[cid:1.870660013@web36302.mail.mud.yahoo.com]
Lihatlah hasilnya.
Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda ON blender/mixer tersebut.Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai pemberus bagi mencuci blender anda.
Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.
Caranya ialah:
  1. Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
  2. Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
  3. Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang[cid:2.870660013@web36302.mail.mud.yahoo.com]
Mudahkan petua ini?Cubalah!Kemudian, ajarkanlah petua yang hebat ini kepada ibu atau makcik anda nanti.Nescaya pasti ibu dan makcik anda akan berterima kasih kepada anda.
**Sumber ini diperolehi dari e-mail, thanks to sender...
"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others"

Wednesday, August 12, 2009

ATAS PERMINTAAN ANDA PROMOSI DILANJUTKAN SAMPAI 21 OGOS 2009..

SALAM UALLSSS...
PROMOSI KINI DILANJUTKAN SAMPAI 21 OGOS INI SAHAJA..!! SEBABNYA... ADA PULAK BEBERAPA ORANG KAWAN KITA NI YG TERTINGGAL KRETAPI.. HAHA!! CEPAT!!
CEPAT!! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI...!!! TEMPAHAN YANG DIBUAT SELEPAS DARI TARIKH DI ATAS, KOS PENGHANTARANNYA ADALAH DI TANGGUNG SENDRIII YEAAA!! (baca balik entry sebelumnya tentang charges utk penghantaran..), JADI!! LU PIKI LA SENDRIII!! (ehee.. pinjam ckp Nabil jap..)
BISKUT KITA MEMANG DIJAMIN 100% SEDAP!!
KALAU ADA YANG NAKKAN TESTER PUN BOLEH!
JANGAN KHUATIR KERANA 'TESTER' PUN ADALAH 'FREE DELIVERY..' SO, JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA.. STOK UNTUK TESTER NI TERHAD YA...!!
KEPADA YG NK ORDER/TESTER TU SILA PM/EMAIL SAYA OK!!

Thursday, August 6, 2009

H1N1 INFO: Fennel Seed Treatment Claimed Effective to Prevent Swine Flu

salam teman2 ...
Disini ada sedikit info yang saya nak share dengan anda tentang salah satu cara utk mengelakkan diri dari terkena penyakit H1N1 ni. (kalau nk kena tu kena jugak.. yang penting, kita dah usaha...) Umum tahu bahawa penyakit ini setakat ini di Malaysia sahaja sudah lebih dari 2000++ case. Yaa.. keadaan ini amat2 membimbangkan kita semua...
"...Ya Allah ya Tuhanku.. Ampunilah dosa2 hambamu ini dan jauhilah mereka serta keluarga mereka dari sebarang bala bencana.. Aminn.."
* INI SEKADAR INFO YG SAYA DAPAT DARI E-MAIL SEORANG RAKAN**
Penambahan:
** Seseorang ada memberitahu saya bahawa menurutnya dia telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya banyakkan pengambilan Scott Emulsion (untuk menguatkan antibodi), bawa lah minyak 'cap kapak' kemana aja (ehee.. mcm lawak ja.. sy xtau lah mcm mana pulak fungsinya..)dan lagi satu katanya simpan pokok bunga dahlia dalam rumah (katanya pokok ini ada sejenis cecair yg 'anti flu').. jadi kalo org yang simpan pokok ni dlm rumah xkn terkena flu ittew..!! Jgn percaya 100% apa yg ditulis di sini, mungkin apa yang terjadi kebetulan atau sebaliknya.. wallahuaklam..**

Fennel Seed Treatment Claimed Effective to Prevent Swine Flu


Sharjah: Drinking a decoction made of fennel seeds soaked in warm water first thing in the morning could prevent you from catching swine flu says a study published in a Chinese medical research magazine.
According to report published in Al Khaleej a local Arabic daily, the study has resulted in an increase of fennel seeds sales by 50 per cent in some Asian countries.
The report read that similar increase in sales was also visible in countries like Saudi Arabia and Egypt.
The fennel seed warm drink is being distributed to people who are making pilgrimage to the holy cities of Makkah and Madinah.


沙迦: 根据中国医学研究杂志所发表的研究报告,在早上饮用茴香的种子(小茴香)所浸泡的温水可以预防猪流感(A型流感)。
根据一家阿拉伯文报章的报导(Al Khaleej),这项研究结果增加了一些亚洲国家的茴香种子销售量约50%。
该报导也指出类似的销售量增长也出现在其他国家如沙特阿拉伯和埃及。
茴香的种子所浸泡的温水也在麦加(Makkah)和麥地那(Madinah)分发给前往朝圣的人。


Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.

Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.


Fennel Seeds
小茴香
Jintan Manis

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others"

Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html

Monday, August 3, 2009

PROMOSI!! UNTUK TEMPAHAN SBELUM 10 OGOS 2009 SAHAJA!

PROMOSI !! P R O M O S I !!!

Untuk tempahan kuih raya sebelum 10 OGOS 2009 sahaja!

Bagi yang membuat tempahan melebihi 10 balang, kos pos akan ditanggung oleh kami. Bermakna penghantaran adalah percuma.

Kesemua tempahan dalam kelompok ini akan menerima bungkusan anda

antara 5.09.2009 - 12.09.2009.

** terhad kepada pembeli semenanjung Malaysia sahaja.

**Sabah dan Sarawak, penambahan RM 1.50 setiap balang akan dikenakan.

** 10 balang ke atas saja bagi promosi ini.

** Pembelian dengan pembayaran sahaja.

Cepat!! Cepat!! Masukkan tempahan anda sekarang.


Pengumuman!!

Di sini kami ingin memaklumkan bahawa terdapat 3 fasa penempahan.

Setiap fasa mempunyai tarikh tutup tempahan seperti :

Fasa 1 - Tarikh tutup sehingga 20.08.2009

Fasa 2 - Tarikh tutup sehingga 27.08.2009

Fasa 3 - akan diumumkan kemudian

Bagi setiap fasa, terdapat tarikh penghantaran seperti berikut :

Fasa 1 - 10.9.2009 - 14.09.2009

Fasa 2 - 15.09.2009 - 18.09.2009

Fasa 3 - diumumkan kemudian


Bagaimana nak tempah kuih ni...??!!
Pilih Kuih yang anda inginkan.
Langkah 1. Isikan borang tempahan di bahagian bawah blog ni.
Langkah 2. Selepas kami menerima email tempahan dari anda,
kami akan mengirimkan email pengesahan tempahan dalam masa 2 hari.
Minta kerjasama anda agar dapat membalas email pengesahan
tersebut dalam masa 2 hari juga.
Langkah 3. Depositkan wang tempahan ke dalam akaun
MAYBANK kami dalam masa 3 hari. Sekiranya tiada sebarang jawapan
dari anda, tempahan anda akan dibatalkan tanpa sebarang notis.
Langkah 4. Selepas anda selesai membayar tempahan,
sila emailkan butiran pembayaran seperti tarikh transaksi,
amaun wang dan dari bank mana anda deposit wang pembayaran.
Sekiranya anda menggunakan perbankan
internet (Maybank2u, CimbClick Etc.)
Sila PM (azy-warikhns@yahoo.com) utk dpatkan acc no &
emailkan slip cetakan (print slip) tersebut kepada kami.
** Terima kasih kerana sudi membeli di kedai kuih raya kami.**

Terma & Syarat
Sebelum anda membuat tempahan, sila baca dan faham
terma & syarat ini.
1. Tiada pembatalan tempahan selepas pembayaran dibuat.
Anda dibenar membuat perubahan tempahan
sebelum pembayaran dilakukan.
2. Barangan yang dihantar adalah dalam keadaan baik.
3. Barang yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan.
4. Yuran penghantaran tidak termasuk.
Sila maklum bahawa ada sedikit caj penghantaran
bergantung kepada berat dan lokasi penghantaran.
5. Kami menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia.
Kos penghantaran dalam semenanjung Malaysia
adalah RM 6 untuk 500g pertama dan RM3 untuk 250g seterusnya.
Bagi Sabah/Sarawak, RM9 untuk 500g pertama
dan RM4 untuk 250g seterusnya. Kami juga menerima tempahan dari luar Malaysia (i.e Singapura, Brunei dll), sila email utk kadar pos.
6. Sekiranya anda ingin perkhidmatan kurier,
caj adalah tertakhluk kepada Syarikat Kurier berkenaan
dan akan ditanggung oleh pembeli.
7. Pastikan alamat yang diberikan berpenghuni
semasa penghantaran dilakukan oleh Pos Laju
kerana mereka memerlukan tandatangan penerima.
Sekiranya tiada orang di rumah, anda perlu mengambil sendiri barangan di pejabat Pos Laju berdekatan.
8. Kami amat menggalakkan anda memilih COD (Cash on Delivery)
sekiranya anda berada di sekitar Lembah Klang bagi
mengelakkan anda membayar kos yang banyak untuk penghantaran.
9. Kos bagi COD tertera di ruangan Borang Tempahan.
Tempahan untuk COD mestilah melebihi 10 balang.
Kos tambahan mungkin akan dikenakan sekiranya
anda membuat tempahan kurang 10 balang.

Promosi Kue Raya!! Meh la singgah...

Assalamualaikum..
Welcome to cookies online ordering 2009! Untuk pengetahuan u allsss, kami telah berniaga kuih raya sudah hampir 14 tahun. Dan ini merupakan tahun pertama kami pemasaran di dalam internet. Kesemua kuih raya menggunakan mentega (butter) dan kami berharap agar pembeli tidak membandingkan harga kami dengan biskut-biskut murahan yang berada di pasaran. Rasa dahulu, baru tahu...!! Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? Kami meringkaskan hasil kerja kami di blog ini untuk memudahkan anda membeli di sini. Sehingga itu, selamat membeli-belah di blog kami. Blog ini akan sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa.Terima Kasih.

Zomania Cookies
Kod : ZC 01
Harga : RM 22/balang
Biskut yang disaluti badam rangup dan dicelup penuh coklat. Biskut ala-ala 'ferero rocher' ini boleh membuatkan 'chocoholic' di luar sana tidak tertahan.
LIMITED ORDER- Pls email me 4 stock inquiry.

Sweet Rozie Cookies
Kod : SR 02
Harga : RM 20/balang
Evolusi baru bagi biskut emping jagung(cornflakes). Menggunakan minyak sapi bagi menambah rasanya. Sangat rangup, sekali rasa, pasti nak lagi.
SOLD OUT!

Romalex Cookies
Kod : RC 03
Harga : RM 20/balang
Biskut berperisa disaluti coklat penuh dan disaluti juga dengan 'bread crumb' yang rangup. Antara produk hebat keluaran kami. Mesti Cuba!!!

Red Pearl
Kod : RP 04
Harga : RM 20/balang
Biskut yang rangup di luar dan cair di dalam mulut. Kerangupan emping jagung pasti membuatkan anda tidak puas memakannya.

Natalie Cheese
Kod : NC 05
Harga : RM 20/balang
Keunikan ramuan biskut ini membuatkan biskut ini sentiasa di hati pelanggan setia kami. Dicampur udang kering dan perasa serbuk cili pasti ada kelainannya. Ditabur keju di atas. Mmmmmm


Ezazi Cookies
Kod : EC 06
Harga : RM 18/balang
Biskut berperisa kopi/mocha yang rangup dan ditabur badam keping. Bagi yang mencari kelainan Raya tahun ini. Cubalah biskut ini.
LIMITED ORDER- Pls email me 4 stock inquiry.

Choc Chip Cookies
Kod : CC 07
Harga : RM 18 / balang
Kami sedaya upaya untuk mengklon biskut kegemaran ramai famos amos ini. Dipenuhi coklat cip dan badam di dalam.mmmm

Almond London
Kod : AL 08
Harga : RM 25 / balang
Biskut berisi sebiji badam rangup yang disaluti coklat penuh yang lazat dan ditaburi badam cincang. Tahan lama dan tidak mudah masuk angin.
SOLD OUT!

Jejari Oat
kod : JO 09
Harga : RM 20/balang
Biskut yang sangat enak mempunyai rasa oat di dalam, dan disaluti tepung susu ramuan istimewa. Cubalah rasa ya!!


Snow Almond Cookies
Kod : SA 10
Harga : RM 20/balang
Biskut yang dicelup penuh dengan coklat dan disaluti pula kelapa kering dan badam cincang yang rangup.
** 50 Biji setiap balang Kuih

Tengok2 la dulu yea.. nanti saya akan bagitau pulak macam mana nak wat order...