BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 14, 2009

Sikit-sikit nak upah! .``...Zaman dah Berubah..``

Perasan tak dunia kita yang semakin materialistik? Dan kita sendiri mengiakan dengan menciptakan arus kemewahan sekitar anak2. Kita memanjakan putera puteri kita sehingga mereka lalai dan hanyut tanpa tempat berpaut. Kita takut putera puteri kita terpinggir dalam 'peer group' mereka. Kita tak mahu putera puteri kita rasa terhina atau terkurang di mana2.

Peranan ibu bapa sukar dan mendebar. Tambah2 lagi disogok dengan keadaan sekeliling yang seolah2 memaksa kita berlumba2 memberi yang terbaik (kemewahan dan kesenangan) kepada anak2. Yelah, kalau anak Pak Dollah kat sebelah tuh pakai kasut Nike, takkan ler anak kita berselipar Jepun jer.

'Min, tolong mak siram pokok yer ... nanti mak bagi singgit!'

' ... nanti mak bagi 2 hinggit!'

' ... ayah bagi 3 hinggit!'

Buat itu, mak bagi ini. Buat ini, ayah bagi itu ... Anak diajar sentiasa menadah tangan meminta bayaran daripada apa jua kerja yang dibuat. Zaman berubah ... Dulu i tolong mak wat keja tak dak pun upah. Nak fikir pasal upah pun.. jauh skali. Dan I terima jer semua tuh sebagai routine harian yang mesti dibereskan tanpa banyak soal.

Tapi bebudak hari nih - sikit2 upah. Bukan nak mengata anak orang, anak I sendiri ler. I ler tuh yang ajar gitu. Macamana boleh jadi gini? Silap aku ke mengajar anak? uwaaaaaaaaaa........

Teringat kisah si kakak dgn babahnya.."

Babah: kakak tolong pijak blakang babah kejap..!
Kakak: ada upah x bah? kalau ada kakak nak lah..!
Babah: laa hari2 babah bg duit belanja sekolah.. kira upah la tu..
Kakak: apa pulak bah ni, duit blanja utk kakak makan kt sekolah, xkn babah nak kakak lapar kt sek kot.. (dlm hati.. budak2 skung mmg pandai menjawab..)
Babah: hemm.. ok babah bagi RM1..
Kakak: kakak pun terus memijak blkg babahnya sambil tersenyum.. (nk dpat upah..)
Babah: Kakak, pijak la betul2.. kuat2 sikit.. (kakak yg gebu terus menekan dgn tumit... anak dara sorg ni mmg pandai, badan pun sedap, jd kalau pijak2 tu mmg terasa lah satu badan!)
Adoii! Sakit laa.. (kakak senyum2 sambil wat muka kt mama.. kunun2 bg isyarat la padan dgn muka babah..!)
Kakak: Bah, kaki kakak dah sakit la, dah lah bah.. ( kakak pun surrender, nak turun..)
Babah:Baru je kejap kakak pijak babah, dah x larat pulak.. (babah yg x puas hati komplen, padahal dh 15 minit dah, syok kena pijak mana nk terasa.. babah pun wat trick la..)
k, babah tambah rm1 lg..!
Kakak: (mula2 wat muka x mau, akhirnya buat gak.. duit punya pasal..) Nanti babah urut kaki
kakak pulak tau..! Penat tau kakak pijak kan babah ni...
Babah & mama: (berpandangan sesama sendri) emmm....

Niat sebenarnyer nak mengajar yang 'money is not easy. It has to be earned!' Kena kerja baru dapat duit. Tak leh la nak mintak gitu2 jer kan... kan... kan...!!

Friday, September 11, 2009

UJIAN PAP SMEAR..... Benarkah Ia Menyakitkan??

PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

Tiba2 timbul pulak kesedaran tentang kepentingan melakukan ujian pap smear ni... bukan apa, aku nak minta kawan2 yg terbaca entry ni share sikit pengalaman korunk yang pernah wat ujian ni... especially,tentu la kaum wanita yg dah berkahwin dan mempunyai anak kan.. sapa yg yg dah wat ujian ni,meh la story sikit dgn aku.. aku nak tau gak sakit ke tak kan?? proses ujian tuh lama mana kan??? ada pengalaman tragis tak masa wat ujian ni kan???? Sebenarnya dh lama aku nak wat ujian ni tetapi sebab penakut punya pasal.. jadi, manjang tertanguh je la hajat aku ni.... hermm... aku ni kan memang penakut nak jumpa doktor ni... ni ha..! gigi punya pasal pun.. aku sanggup menahan sakit taw.. dari berjumpa dgn doktor gigi.. uhuhhuhu!!!! T.A.K.U.T.T!!

Berikut adalah info yg sempat aku Google.. meh kita share ok..........!!

PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.

"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina

"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.
  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.

Insiden salah isi minyak la pulak!

Di suatu pagi yg hening...

Ada seorang pempuan yang dah terlambat nak pegi kerja dan nampak dia agak kelam
kabut sikit masa tu .. terhegeh2 pulak dia mengisi minyak kereta...Perempuan itew berasa bangga sebab dia tak payah nak queue...sampai aja terus dapat pam minyak yang kosong!
bertuah sungguh rasanya.. (dalam hati, tertanya2 juga kenapa tak ada org isi myk kat pam ni ya..?)
pam minyak lain semuanya full & siap ada kereta queue lagi kat blakang..... dengan berjalan terkedek2 pempuan itu pergi membuat bayaran dan..pap! terbang lah RM50 pagi itu.... apabila dia mengangkat 'nozzle' barulah dia'terperasan' bahawa minyak tersebut sebenarnya adalah minyak mahal... wahahahhaha!!

Patut lah takde org yg isi minyak kat situ.. ampeh tol!!

Apalagi!!! Isi jelah minyak mahal tu labu..............

(...sambil memujuk hati sendiri... xpelah !sekali sekala isi minyak mahal... apa salah nya kan..)

Note: Macam ni punya cerita pun nak masuk dlm blog! apalah pempuan ni kan..! dah takde idea lah tu nak mengarang, pastu dia nak merapu meraban kat sini.... isk..isk.. isk...!.

Perempuan itu pun menjawab.. " Ada aku Kesahhh...!"
s

Thursday, September 10, 2009

renungilah dan hargailah selagi dia masih ada......

"...............Ingatan wat diri sendiri jugak................."

Kalau ESOk,

org yg awk syng BISU, ape yg awak nk dia UCAP?

Kalau esok,

org yg awk syng PEKAK, ape yg awak nak dia DENGAR?

Kalau esok,

org yg awak syng BUTA, ape yg awak nak dia lihat?

TAPI...

andainya esok orang yang awak syng PERGI untuk selamanya,

ingatlah xde lagi peluang untuk awak bersamanya,

renungilah dan hargailah selagi dia masih ada...

**Selagi boleh bernafas, selagi jantung masih berdetik
& selagi nadi masih berdenyut

jadikan setiap hari itu hari2 yg indah - penuh dgn kasih sayang & kemaafan -
jadi bila kita pergi,
kita terus hidup di hati setiap insan yg pernah menerima
kasih sayang & kemaafan kita!
**

Wednesday, September 9, 2009

Nak share menu buka poshe: kUiH CaRa BeRLaUk..

Salam uols.. aritu masa aku balik kg perlis kan.. aku try le wat kue cara berlauk ni, (my favourite taw..) 1st time wat ni.. menjadi lak tu.. bangga la aku bila mk mentua puji.. (uhuu.. kembang semangkuk...)
Aceli wat nya x susah mana pun.. sape yg ada acuan senang la cikit kan..kue ni pun aku bakar atas dapur gas je.. mula2 wat tu nampak mcm byk je.. takut x terhabis pulak nanti.. tp rupa2 nya laju je diaorg ni mkn kue ni .. lepas tarawikh tu depa menyambung lg.. huh, solosaiii...!! Gambar kue cara yg manis lak x sempat nk snap.. dh habis licin..!! yg tu lagi la lajunya, pasai anak2 ku sume suka makan kue yg manis tu.. n my FIL pun kena mkn yg manis jugak sbb dia kena pntang mkn daging2 ni (ada darah tinggi & penah kena minor stroke...) tu ler pasalnya..

Anyway, i would like to say tq to my fwen 'Nadiah' coz sudi berkongsi resepi dgn aku ok.. (emm.. lepas ni u nk share resepi apa pulak ye...??) kui3x..

Ucapan kepada diri sendiri: Kpd. mama yg tengah rajin memasak skrg ni.. keep it up..! go go mama!! U rock mama.. (eh! apa yg aku merepek merapu ni..?)


~~^^PETIKAN UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA.........^^~~

Petikan untuk renungan kita bersama .........

buat pengajaran.....


Sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota-kota besar akan meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap di biarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama

ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman

rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat...

Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak

sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan

ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa

terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga

begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol

tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam

pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi

sedah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam

linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang

sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.......

*** E-mail ni dh lama aku dpt.. masih tersimpan didlm Inbox... saja x mau delete... arini teringat akan kisah ni & nak share kepada kwn2 yg belum membacanya.. memang sedih taw!! aku baca siap tersedu2 sedan.. menitis/menitik air mata ini.. apa2 pun jgn lupa tgglkn 'jejak kasih' selepas membacanya ye..***

Tuesday, September 8, 2009

Aku Hadiah Lampu Buat Ibu Mertuaku...

.... Mood tgh rajin nk update blog...

Begini ceritanya kawan2.. (hihi..)
my MIL ni memang dh lama dah dok survey2 lampu dinding & lampu syiling jenis yg klasik2 ni..
(masa dia mai Key ELL kami bawa depa jalan2.. tu yg terbekenan tu!) aritu masa aku & hb gi jalan2 kt Sri Gombak kami sempat le menyinggah kt kedai lampu ni.. ada sale gile2 mase tuh.. tu yg kami masuk tuh.. belek punya belek maka aku 'ter'suka la pulak dgn lampu jenis ni..
Sebenarnya fenin gak nk pilihnya... mcm2 ada.. sume cantik2 belaka.. yang berpuluh ribu pun ada.. tu yg jenis lampu besar berkristal2 tu lah.. pergh! x mampu acik do..

Lampu Dinding Kristal: Warna cokelat
Harga Asal: RM60++
After Discount : RM29
* Buy 2 sets
ok la tu kan.. mana nk dapat rege mcm tu.. aku dh survey byk kedai dah..
this is d cheapest that i can get!

Pandangan dr bawah... aku suka bentuk kelopak bunga tu..


jeng3x.. bila di pasang.. Meriah gitew..

Kat bawah ni set untuk lampu syiling dia pulak.. kena la match kan..

Harga x ingat la bape.. tp memang ada diskaun le..
kalo x silap saye rege dia RM130++ tp dapat la RM69 after discount..

Monday, September 7, 2009

Cerita ceriti Anak2 Kusayang...

Salam uols.... lame hamba x update blog rasanya.. hihi.. orde utk kue raya dh close! skrg tggl nk dptkn kue drpd kakak n next week dh bole delivery kat kawan2.. mggu ni time to sopingg..!! biasanya kitaorg soping gilir2, mula2 beli baju anak2, peh2 soping kasut pulak.. last2 skali baru lah soping utk babahnya.. itupun kalau brg yg dicari berkenan.. kalau x kena la 2-3 kuar.. (rasanya kwn2 yg 'ter'baca entry ni pun gitu jugak kot..nge3x.. org laki ni x kisah sgt nk soping2 ni rasanya! diaorg utamakan/pentingkn keperluan anak2 n isteri tercinta dahulu.. (ye ke bang..??!! ) lgpun kalau diaorg nk soping pun anytime je diaorg boleh g.. xyh teman kan pun xpa.. slalunya gitu lah my hubby.. last2 barulah dia soping brg2 dia pulak.. ngeh3x...)

hemm.. bkn mama x suka kuar selalu, tp memandangkn musim skrg ni musim H1N1 mama nk bawa anak keluar pun takut.. apalagi nk g tpt yg ramai org.. Seriau bulu tengkuk bila tengok org ramai dok pakai mask..
Okies le.. Jom layan gamb anak2 mama yg belum penah mama tunjukkn sblm nieh.. LAYANZZZZZ.....


kakak n adik.. kakak dh runcing sikit muka dia..
poshe time.. cuma ada satu ari dia 'ter'buka pose sbb dia 'ter'minum air..
dia 'ter'silap faham bila babah kata ".. kalau 'ter'minum xpe..
(cal babah ms kt tadika bgtau 'ter'minum air..)
jd dia pun ingatkan boleh buka pose.. SELAMATT..


Alhamdulillah.. kakak dyna ni mmg sngt2 blh diharap..!
rajin jaga adik n bg adik susu.. ringan sikit keja mama kan syg...


muka sedey nya.. (x tinggal Mr. Bean nya..)

skrg dh 5bln.. tp mama muskil adik boleh angkat punggung mcm nk merangkak..
(siap goyang2 mcm nk duduk pas2... gedebushh!!! hehe..)
xkn dh nk merangkak kot adik..

Topi ala2 Little Red Riding Hood gitu..

@ kg perlis.. tgk lah qyaireen ni dgn aksi nk merangkak dia tu..

Haikal yg suka kaco adik.. aceli dia bkn la kacau apanya..
dia nk main2 but, caranya tu yang agak kasar sikit.. lelaki kan..


Cukuplah dulu sampai sini kot..

next time mama upload lg ya.. ada byk lg gamb yg mama nk upload ni..
pc mama pun baru je ok.. aritu problem jap xleh nk upload gamb..
now dh OK.. jd lepas ni makin rajin lah mama meng'update' blog.. uhuu..

dada didi dudu... c u i luv u..

(anak2 mama suka sngt ckp camni....)


Friday, September 4, 2009

SePeTAng Di Klinik KEsihaTAN SelAYAng

Every month mama kena bawa bb 4 check up..
but this time appointment kul 2.30pm..
(besa pagi..)
org xyh cakap la.. punya la ramai..
dia org combine skali dgn check ibu mengandung nie..

INFO:
Age: 5 mnths
Weight: 6kg (kira ok la.. tp x canteq sgt ni..)
Height: NIL (x ukur pun time ni)
Action: Kena amik injection arini ye sayang..

Mama mushkil ni kenapa berat bb x naik byk sgt ni..
bila mama tanya dengan mak tok (orang mengasuh)
dia kata bb menyusu mcm biasa jaa.. tp dkt rmh nampak mcm bb kurang nk menyusu.
adakah kerana susu nya x sedap/sesuai (susu formula taw)
atau bb sakit tekak ke kan.. atau patut ke mama bertukar ke susu lain pulak..???!!!

Tolong le jawab pakar kanak2 yg terbaca ni ye...


Ha.. ada lg satu insiden.. ms blk kg aritu bb kena cirit birit (cb).. kesian kt dia taw,
1 hari tu sampai 6-7 kali mama kena tukar pampers..
n kulitnya pun dh merah2.. pedih agaknya asyik cb je..
yg x tahan tu bila dia kencing je dia nangis..
mayb sbb air kencing tu kena dgn kulit yg melecet tu.. pedih ar kan..

** gamb2 yg sempat snap masa kt klinik...

Misi2 tu ada yg pakai mask.. yg x pakai pun ada gak..

Sudut menunggu: Tunggu turn nk jumpa doktor..















Kesian.. my bb sampai tertido tunggu turn yg berzaman nk sampai..














Haikal pulak tengah demam time ni..


Hooreyyy!!
Hepinya bcoz this time x kena cucuk! saye kan baru lepas baik dari demam campak.. menurut doc kalau baru lepas demam, xleh cucuk..(ms g klinik ni bb baru lepas 3 ari kena campak) kalau nk cucuk pun at least badan tu kena clear within 1 month tu.. ADE PAHAMM...!

TAPI next month kena double injection (aduii.. shiannya anak mama..)