BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

SEMALAM....HARI INI... DAN ESOK.............

Semalam.. Hari ini ... dan Esok............


Semalam berlalu….

Meninggalkan kita dengan pelbagai kesudahan

Ada hati yang terluka diulit perasaan

Ada air yang mngalir dari kejernihan mata yang merapi kesedihan

Ada senyum yang terukir dibibir dengan kepuasan kemenangan

Ada jiwa yang kontang yang mengikis ketebalan iman

Ada juga sedikit penyesalan bersarang dalam kehidupan

Yang menghimpun dosa kesilapan

Namun masih ada hari esok untuk memperbaiki kelemahan

Hari ini……..

Tiba seperti yang dijanjikan

Hati yang terluka dipenuhi parut kecacatan

Air yang mengalir kini kering ketandusan

Senyum yang terukir kini hilang kemanisan

Jiwa yang kontang kini gersang menjadi sepi yang berpanjangan

Penyesalan semakain pudar

Kegelapan kian mengaburi

Lalu penantian hari esok penuh pengharapan

Agar ada sedikit kebenaran

Semoga ada sedikit ruang kesedaran

Mencari secebis pedoman

Untuk panduan diperjalanan

Namun…..

Masih adakah hari esok….

Sedangkan semalam dibiarkan pergi tanpa kesedaran

Malah hari ini dibiar saja kesilapan semalam

Apa ada pada hari esok?

Jika semalam dan hari ini

Mungkin esok juga……

Tiada perubahan pendirian pada akal fikiran

Jangan ditunggu hari esok

Jangan dibiarkan hari ini

Jangan ditinggalkan hari semalam

Seandainya……

Hanya kekosongan sebagai pengisian…..

`~mamaAzie~'

“jangan biar kan segala yang berlalu hanyalah sekadar sia-sia”

0 TuKaNg kOmEn::